Pages

Saturday 19 November 2011

Kepentingan rumah

(A)Fungsi  rumah
-rumah ialah tempat tinggal atau kediaman bagi manusia
-rumah menjadi keperluan asas yang utama kepada setiap keluarga
-setiap keluarga mempunyai rumah berbeza dari segi lokasi ,reka bentuk ,binaan jenis rumah ,dan ruang penting di dalam rumah
-kita hendaklah bersyukur kerana memiliki  rumah yang selesa walaupun rumah tersebut disewa atau menampung di rumah orang lain.

Fungsi rumah kepada manusia ialah:
-memberikan perlindungan
-menyediakan keselesaan
-mewujudkan kemesraan
-tempat keluarga berkumpul
-memupuk kasih sayang
-menjalankan pelbagai aktiviti

Rumah menjadi tempat perlindungan daripada:
-Ancaman cuaca buruk seperti panas dan hujan
-Ancaman binatang liar seperti harimau dan gajah
-Kes jenayah seperti kecurian
Bila hujan,rumah menjadi tempat perlindungan kita.Dengan ini,badan kita tidak basah.


Rumah menyediakan keselesaan kepada manusia untuk:
-Berehat selepas penat bekerja atau pulang dari sekolah
-membersihkan diri selepas bermain atau bekerja

Bila letih,kita boleh berehat di bilik tidur.


Rumah menjadi tempat untuk mewujudkan kemesraan antara anggota keluarga dengan cara makan atau menonton tv
Kita boleh bersama ahli keluarga menonton tv di ruang tamu.

0 comments:

Post a Comment